Tuesday, February 05, 2008

SELAMAT KEMBALI

Selamat kembali viewer-viewer sekalian.hmm agak sudah lame juga tidak menyempat utk mengupdate blog-blog baru disebabkan terlampau ‘busy-ness’ yg teramat.3 minggu lepas pun amat bz kerana saya ade kerja outstation dimana company saya telah menghantar saya ke Kazakhstan utk melihat ruang perniagaan antarabangsa yg ade dan candidate yg tidak lain dan tak bukan adalah saya sendiri kerana saya mempunyai ijazah sarjana muda di dalam perniagaan antarabangsa.terima kasih kepada MMU kerana telah menawarkan ijazah tersebut.ok berbalik kepada hal-hal semasa.hmm..tidak banyak bende yg berlaku di sekeliling saya di awal tahun ini.nak kate aktiviti tu adelah beberapa aktiviti yg saya ceburkan diri seperti memancing di pulau ketam dan beberapa kenduri kawin yg saya hadiri.(sila refer blog Walk, Talk,Sing and Bleed dan The Journal of a Cat utk berita lanjut dan detail.)

Oklah disebabkan saya pun dah boring tak tau ape nak cite,biarlah saya kongsi sedikit ttg keadaan ofis saya menjelang Chinese New Year ini dan berikut ialah beberapa bende penting yg berlaku sebelum kedatangan CNY:

1. bro opek berpindah ke tingkat 4 utk menjadi PA baru kepada abg syahrim(anak Dato’) – oleh itu keadaan di tingkat 1 (tingkat saya) menjadi semakin busy-ness mcm gampang ditambah lagi dgn ketiadaan kak g yg akan kembali bertugas pada 18/2 ini.so…sabar half dr sabariah.

2. ketibaan mesin fotostat baru yg amat canggih dan amat mahal sewa bulanan nye.tetapi masih blom di pasang disebabkan org teknikal syarikat mesin tersebut masih lagi otw(katanya) – oleh itu lepas ni saya akan blaja care fotostat yg lebih efficient(take note 44) sempena kedatangan tahun baru ni.

3. the only limau yg diberi kepada company saya hanyalah diberi oleh kontraktor air cond company kami iaitu ah coy dan yap.limau nye mahal dan isi nya manis tetapi tidak sampai sejam..satu kotak telah lesap disbb kan kelahapan staff ofis ini (walaupun ade tak sampai sepuloh org) – ye la aku je on the spot mkn 4 bijik pastu siap amik isi dlm beg crumpler aku 3 bijik.tu yg cepat jek habis.

Itu sahaja la pada waktu ini.saya amat berharap agar dapat mencuri masa lagi utk menaip diblog ini pada masa akan dtg.sekian dan HAPPY CHINESE NEW YEAR kepada kawan2 cina ku.tidak lupa kepada supplier2 cina ku dan juga kepada kontraktor dan sub-kon ku!!TONG TORONG TONG CHIANGGG!! (tiru bunyi dd buat)

No comments: