Wednesday, November 26, 2008

MUNGKIN

SELAMAT KEMBALI kepada rakan blogger sekalian.akhirnya berjaya juga aku utk mendapatkan semula touch utk mengarang blog ku yg sungguh cantik ini semula.setelah sekian lama aku menyepi,di cemuh,di ejek,di gelak kan ramai2 di kedai makan,di perli ketika tengok bola,malahan ada sebilangan yg menganggap aku sudah tak rasional pun ada,ada juga yg berkata di belakang dan mencarut-carut tanda bengang terhadap tindakan aku yg bodoh ini,ada juga yg selalu perli melalui sms pun ada,ada juga yg menganggap aku sudah taknak berkawan dengan lelaki dan sibuk bercinta,ada juga yg membuat andaian aku sedang menyambung pengajian masters dekat UK,ada juga yg dahulunya mempunyai rambut ala2 aqasha dan kini sudah botak tanda protes,juga ada yang badannya dulu tidak kuat dan sekarang lengannya sudah gedang dan keras (seperti anak wak di depan umah aku), dan pelbagai lagi lemparan dan tohmahan yang di uji dengan amat hebat kepadaku.akan tetapi benda2 itu semua tidak lah mematahkan kerjaya seni aku (yakni menaip blog) ini malahan menguatkan lagi. semua ini aku anggap biasa dalam scenario kehidupan aku yang semakin lama ini semakin indah (akan di update dari semasa ke semasa) ini. akan tetapi utk memberitahu dan menjelaskan kepada rakan2 blogger maut ku yg lain mungkin terdapat beberapa kemungkinan yg menyebabkan aku menyepi lebih kurang 9 bulan lamanya (sila refer blog d2cat.blogspot.com) dalam arena ini. di sini aku taip kan beberapa keMUNGKINan tentang kehilangan aku.

MUNGKIN......

1. talian streamy ofis aku amat lah macam haram tak caya tanya uncle ravi streamyx 019-6628774

2. aku amat bz dengan kerjaya aku yg makin mengarut

3. aku sudah tiada hati dengan BLOG association lagi

4. aku stress dengan kerja aku lalu aku tidak mengendahkan BLOG association lagi

5. aku dah ada life yg lagi happening selain BLOG ini

6. kawan aku (MOHAMED YUSREZAN OSMAN) menyedarkan aku betapa tidak ada faedah nya BLOG world ini.(konon dia je la yg world.fakk la)

7. aku dah jadi amat malas nak taip dan fikir apa yg nak taip

8. aku dah jumpa perempuan idaman aku di mana aku banyak masa bersama nya dan tiada masa utk BLOG world ini.

9. aku bz dengan FACEBOOK.hehe pancinnn...

10. aku bz dgn public mutual

11. aku pergi kerja pada pukul 7.30 dan balik pada pukul 5.30 lalu penat dan trus tdoq

12. aku buat2 bz..

so aku rasa rakan2 BLOGGER ku dapat mengklasifikasikan dan membuat kesimpulan tentang keMUNGKINan2 yg aku sudah list kan seperti di atas.ok lah maghrib pun sudah masuk rakaat kedua aku air solat pun tak amik lagi.oleh itu update lah blog saya ini dari hari ke hari kerana dari sekarang ini insyaALLAH akan ada banyak cerita2 menarik (yg TAK PERLU lah saya backdate kan) utk tatapan rakan2 BLOGGER sekalian mahupun pembaca2 yg lain.ok sudah tahiyat akhir so saya perlu beredar.akhir kata ''SEMUA ORANG BERHAK MEMILIH..TAK SEMUA DIPILIH''. salam...

2 comments:

Anonymous said...

P to the O to the Y to the E to the R

top10beaches said...

akhirnya ......