Thursday, May 28, 2009

HATI YANG LARA

Rasulullah s.a.w ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksudnya : “Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia”.

petikan di atas berjaya membuatkan aku menjadi :

  • sugul dan terus down untuk menghadapi hari mendatang
  • terus membetulkan cashflow aku dgn mengadjust segala yg mungkin
  • tak lalu makan nak termuntah nak tercirit tetapi terpaksa menggagahkan diri juga untuk menghabiskan lamb chop yg telah di order
  • memikir masa depan yg kelihatan tiada berpenghujung
  • marah kepada diri sendiri kenapa tidak belajar betul2 semasa SPM dahulu bagi membolehkan aku mendapat biasiswa SHELL atau EXXONMOBIL
  • tidak mahu meneruskan pengajian ke peringkat ijazah kalau aku tahu akan jadi macam skang ni
  • tidak tenang dan sentiasa cemas dan terasa seperti mahu menghabiskan masa di DAMAI setiap masa
  • takut kerana dalam usia yg muda liabiliti aku menjadi terlalu besar
  • seorang yang kuat termenung dan malas kebelakangan ini
  • sanggup duduk di dalam bilik sambil menonton movie young and dangerous dari episod 1-5 terus menerus tanpa rehat

KESIMPULAN: siapa yang dapat meneka petikan apakah di atas akan ku belanja spaghetti busuk haung di tempat rahsia.sekian.

1 comment:

ribeye hangit said...

i know what are you talking about. so let's spaghetti busuk!