Wednesday, May 20, 2009

ORANG TAK TAU

semua orang tak tau...


  • perasaanku bila bangun kul 645am isnin-jumaat dan berfikir ''kenderaan apakah yang akan aku naiki hari ini?''

  • keadaanku bila mengantuk gila babi tetapi tak boleh tdo sbb tgh berdiri di dalam kenderaan yang sentiasa brek mengejut

  • betapa aku takleh bernafas ketika keadaan yang sesak di dalam kenderaan yang aku naiki seakan berada di konsert coldplay live in singapore

  • perasaanku dan debaran hatiku tatkala aku memakai helmet sambil hujan yang lebat membasahi kenderaan yang aku naiki.

  • betapa luluh hatiku bila kenderaan yang ingin aku naiki meninggalkan ku begitu sahaja disebabkan berat dan kapasiti melebihi muatan dan begitu sendat sekali lalu membuatku terpaksa menunggu trip berikut nya 20minit kemudian

  • betapa syahdunya hati ku yang kecil ini apabila setiap hari ketika sudah habis waktu bekerja apakah hala tuju aku dan dengan kenderaan apakah aku ingin pulang hari tersebut

  • betapa aku terpaksa berlakon tdo (supaya tidak menampakkan aku begitu MAT PEN kepada golongan org yang lebih berumur dari aku) seperti audition anak wayang ketika aku dapat peluang duduk di dalam kenderaan yang aku naiki yang memang jarang2 skali aku mendapat peluang itu.

  • perasaanku bila dimarahi oleh rakan kerana aku terpaksa 'nap' di dalam kenderaan yang membawa aku pulang ke rumah

  • bila aku tiba di rumah setelah menumpang kenderaan rakan dan aku terpaksa mengejutkan adik aku untuk membuka kunci rumah disebabkan adik aku sorang lagi telah merosakkan pintu kunci rumah tersebut

Kesimpulan : ''jangan buat aku marah tak tentu pasal''.sekian.

No comments: